Jumat, 31 Januari 2014

Tanah perkuburan untuk ketua mafia



Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.

Di kawasan Tanah Perkuburan Shirokorechenskoye di bandar Yekaterinburg, waris si mati memilih batu marmar besar dan mahal untuk memberitahu siapa yang ditanam di situ.

Yekaterinburg dikenali sebagai bandar raya utama jenayah di Russia.

Menurut media, sesetengah batu peringatan di situ dibina setinggi dua meter dan berharga sehingga RM100,000.

Setiap satu batu itu mempamerkan gambar si mati segak bergaya dengan pakaian mahal, atau sesetengahnya menggenggam penumbuk. Batu itu mengingatkan orang ramai kepada pelbagai aktiviti jenayah di Yekaterinburg dan ia pernah menjadi pangkalan kumpulan samseng Uralmash yang diuruskan dengan teratur. Pada era 1990-an, berlaku perang besar-besaran antara anggota kumpulan penjenayah itu, menyebabkan pelbagai kejadian ganas termasuk serangan bom dan mesingan.

Bloger Russia, Vladimir Markov, berkata apa yang ada di Yekaterinburg menunjukkan betapa uniknya Russia. “Kubur ini adalah simbol sisi gelap Russia moden yang dipenuhi amalan rasuah dan keganasan,” katanya. Melihat kepada gambar pada batu itu, katanya, ia jelas menunjukkan betapa besar ego penjenayah terbabit.




TANAH perkuburan Shirokorechenskoye menjadi tempat bersemadinya ramai penjenayah Russia.

“Walaupun mati, mereka mahu diberi penghormatan sama seperti ketika hidup,” katanya.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Kedai Seks Halal kini dibuka




ISTANBUL – Sebuah kedai Seks Online yang dilabel halal dibuka di Turki. Kedai ini menjual kondom , minyak urut dan minyak wangi .

Ini merupakan kedai seks pertama yang dibuka di negara dengan majoriti penganut Islam. Kedai yang bernama ” Halal Sex Shop ” menyebutkan semua produk yang disediakan dipastikan selamat. Pihak kedai mendakwa mereka menjual barang sesuai dengan norma Islam.
Saat pertama masuk website ini, pengunjung akan menerima dua link berbeza antara laki -laki dan perempuan. Kedai ini juga menyediakan topik- topik seks untuk dibincangkan seperti norma seks dalam Islam dan kehidupan seks Islam.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Pengasas kedai online yang masih belum diketahui mengatakan, dirinya yakin bahawa website ini dapat membuka pandangan pihak yang apatis mengenai Islam sangat bertentangan dengan seks.

” Kepercayaan Islam amat menghargai seks dalam keadaan tertentu,” ujar pengasas kedai seks tersebut , seperti dipetik dari Ahram , Selasa ( 22/10/2013 ) .

Turki sendiri tidak membenarkan kedai tersebut dikenali sebagai kedai seks. Perdana Menteri Turki Recep Teyep Erdogan menyarankan kedai kontroversi ini disebut sebagai kedai cinta.

Sumber tribunnews.com
Read More..

Rabu, 29 Januari 2014

Sikap Boros Paksa Ezzaty Abdullah Aktif Berlakon

Ezzaty Abdullah

Bermula dengan dunia peragaan, sekali-sekala kalau ada tawaran sebagai pelakon tambahan dan kalau ada kelapangan waktu, dia akan terima. Namun menurut pendatang baru Ezzaty Abdullah, lama kelamaan hatinya semakin jatuh cinta pada dunia lakonan. Dan semangatnya mahu berlakon didorong oleh sikapnya yang ada ketika boros berbelanja.
“Sebelum ni saya ada berlakon beberapa drama sebagai pelakon tambahan. Masa tu saya masih belajar. Mula-mula tu saja-saja lah, nak tambah duit poket. Saya ni kadang-kadang tu boros juga. Jadi bila tak ada duit, saya egan nak minta keluarga. Kebetulan ada orang panggil jadi ekstra dengan bayaran RM50 saya terima.
Lama-lama seronok pula berlakon. Sejak bulan September tahun lepas saya mula aktif berlakon,” jelas graduan jurusan Pengurusan Pelancongan UiTM Puncak Alam, ini.
Pernah muncul dalam drama bersiri Epilog Cinta Khirana di Slot Samarinda TV3, terbaru, Ezzaty tampil dalam drama bersiri Autumn di Hatiku yang bersiara di laman web Tonton.
“Dalam drama bersiri Autumn Di Hatiku ini, saya membawa watak sebagai Jaja. Jaja merupakan kawan baik dan teman serumah kepada Nina, lakonan Hanez Suraya. Mereka berdua adalah gadis yang sangat obses kepada drama Korea dan budaya K-Pop. Apabila watak Autumn, lakonan JS datang ke tempat Nina bekerja, Nina jatuh cinta pada Autumn. Untuk menarik perhatian Autumn, Nina menyuruh Jaja menyamar menjadi dirinya agar dapat memikat Autumn,” jelas Ezzaty
Selain iu, dia juga bakal tampil dengan drama Cinta Agra disamping Shah Iskandar dan Kilafairy di RTM dan dia juga bakal muncul dalam telemovie Maafkan Kami, gandingannya bersama aktor tampan Zain Saidin untuk slot Cerekarama TV3. –Malaysian Digest
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Colgate Sumbang 37 000 Pek Penjagaan Mulut


KUALA LUMPUR – Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (Colgate) akan menyumbang sebanyak 37,000 pek penjagaan mulut bernilai RM721, 280 kepada jemaah haji Tabung Haji pada tahun ini.

Pengarah Kanan Pemasaran-Ubat Gigi Colgate berkata, Nor Aziah Mohamad Said berkata, sumbangan itu bertujuan memudahkan jemaah haji memelihara kebersihan mulut semasa menunaikan ibadat.

“Pek Penjagaan Mulut ini terdiri daripada dua unit ubat gigi Colgate (Colgate Maximum Cavity Protection 100g dan Colgate Sensitive Pro-Relief 30g), satu unit berus gigi Colgate Extra Clean serta dua botol ubat kumur Colgate Plax Ice 20ml.

“Sumbangan itu akan diberikan melalui program Sahabat Korporat Tabung Haji,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nor Aziah berkata, kelengkapan penting penjagaan mulut yang diisikan dalam pek serbaguna tersebut merupakan cara mudah untuk jemaah haji Malaysia mendapatkan senyuman yang lebih sihat dan berseri.

Beliau dalam pada itu memberitahu tahun ini merupakan tahun keenam penglibatan Colgate dalam program Sahabat Korporat Tabung Haji.

Jelasnya, Ia merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh syarikat itu, selari dengan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan keprihatinan kepada masyarakat.

“Kami menghargai peluang menyumbang kepada jemaah haji Malaysia dan akan berusaha meningkatkan kualiti hidup segenap anggota masyarakat seluruh dunia dan di mana jua kami berada,” katanya.
Read More..

Mengenal Bentuk bentuk 10 Turunan Pohon Ganja

Ganja adalah bahan psikotropika yang terlarang, jangankan memiliki, memakai saja pun salah di mata hukum. Semua orang tahu ganja adalah barang terlarang namun belum tentu semua orang tahu bentuk pohon ganja. Itulah yang menjadi pertanyaan saya selama ini, bagaimana membedakan pohon ganja dengan pohon biasa. Jadi sebenarnya seperti apakah pohon ganja tersebut? Sebenarnya banyak sekali jenis-jenis dari ganja, namun dalam postingan kali ini kita mengulas 10 turunan pohon ganja yang paling top:

1. Big Bud
blog-apa-aja.blogspot.com
Ini adalah jenis unggul pohon ganja, dengan daun lebat, lebih banyak juga ganja yang dihasilkan. Bisa tumbuh tinggi dan cocok dikembangkan indoor. Selain itu bunganya juga indah

2. Ice
blog-apa-aja.blogspot.com
Bentuknya mirip daun yang mengkristal, ini juga salah satu jenis pohon ganja yang terkenal, pernah memenangkan penghargaan Cannabis Cup tahun 1998

3. Skunk #1
blog-apa-aja.blogspot.com
Untuk jenis ini dibudidayakan khusus di dalam ruangan.

4. Northern Lights
blog-apa-aja.blogspot.com
Keunggulan ganja satu ini adalah mudah ditanam, mudah tumbuh di dalam ruangan, dan sekarang sedang diteliti manfaatnya untuk kesehatan.

5. New York City Diesel
blog-apa-aja.blogspot.com
Ganja satu ini tumbuh baik di dalam ruangan kecuali di iklim tropis, di dalam ruangan ganja ini bisa tumbuh setinggi 4 kaki, namun di luar ruangan bisa mencapai 12 kaki.

6. Lowryder
blog-apa-aja.blogspot.com
Lowryder termasuk pohon ganja berukuran mini sehingga bisa ditanam di pot, tingginya cuma 12 inchi. Pertumbuhannya pun cukup cepat, 2-3 minggu fase benih, dan 30-45 hari untuk berbunga. Dan yang paling penting ganja satu ini bisa beradaptasi dimana saja.

7. Blueberry
blog-apa-aja.blogspot.com
Disebut blueberry karena menurut beberapa referensi dari internet, ketika pecandu menghirup ganja satu ini aromanya mirip blueberry, tumbuh bagus di luar ruang, namun butuh perawatan lebih.

8. AK-47
blog-apa-aja.blogspot.com
Kurang jelas kenapa disebut AK-47, mungkin berhubungan dengan aromanya, yang jelas ganja satu ini bisa tumbuh baik di dalam dan di luar ruangan.

9. Purple Power
blog-apa-aja.blogspot.com
Seperti semua keturunan ganja outdoor, Purple Power membutuhkan banyak matahari dan kehangatan, tetapi juga dapat tumbuh subur bahkan di cuaca kurang dapat diandalkan. Tanaman ini dapat mencapai ketinggian lebih dari 6 kaki di rumah kaca dan iklim selatan sedangkan di daerah beriklim sedang Purple Power rata-rata tumbuh sekitar 5 kaki.

10. Afghan
blog-apa-aja.blogspot.com
Ketika mendekati saat-saat panen tanaman ini menyebarkan bau mirip bensin, kuncupnya sendiri berminyak. diluar efek memabukkan tanaman ini diketahui berkhasiat untuk meredakan insomnia dan nyeri kronis. 
sumber
Read More..

Fakta Hebat Yang Anda Perlu Tahu Tentang Air Zam Zam





Air Telaga Zam-Zam

Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.



Isi kandungan

* 1 Sejarah

* 2 Maklumat fizikal

* 3 Air zamzam kini

* 4 Air zamzam dijual

* 5 Pengurusan air zamzam
* 6 Pautan luar
* 7 Sumber



Sejarah

Umat Islam percaya telaga zam-zam dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.




Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.



Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” – yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

[sunting] Maklumat fizikal



Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter.

Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.



Air zamzam kini

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.

Air zamzam dijual
Air zamzam dijual dalam botol

Kerajaan Arab Saudi yang menjaga bumi Hijaz and Mekah melarang air zam daripada dieksport. Air zamzam hanya boleh dibotolkan dan boleh didapati di kebanyakan negara kini. Air zamzam yang dibotolkan ini tidak lagi 100 % tulen, telah dicampurkan dengan air sumber lain atau mungkin telah tercemar.Ada yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga yang tidak munsabah.



Pengurusan air zamzam

Air zamzam asli tidak boleh dieksport secara sah dari Arab Saudi untuk dijual secara komersial. Oleh itu jemaah mengisi botol dan bekas air mereka untuk dibawa pulang serta diagihkan kepada sanak saudara. Setiap jemaah dihadkan membawa lima gelen (kira-kira 20 liter).

Tempat mengambil air zamzam berhampiran Masjidil Haram mempunyai dua bahagian.



Bahagian pertama dilengkapi 14 pili yang boleh digunakan secara percuma oleh orang ramai manakala yang kedua pula dipasang pili tiga kali ganda daripada jumlah itu dan dikendalikan oleh syarikat swasta berlesen yang mengenakan sedikit bayaran untuk mengisi botol dan tong air jemaah. Biasanya syarikat ini mengenakan bayaran hanya SR10 untuk botol 10 liter untuk keselesaan jemaah dari berebut-rebut. Kaedah ini lebih baik dan jarang yang berani menipu.



Namun akhbar Arab News melaporkan ahli “zamzam mafia” yang terdiri dari orang Mynamar, Bangladesh dan Afrika beratur di pili awam sejak awal pagi. Mereka lengkap dengan tong dan ambil masa lama. Sedangkan jemaah lain menyediakan tong kecil sahaja. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya dan merupakan rezeki halal bulan Ramadan. Ada yang merungut kerana air zamzam yang dibeli tidak tulen atau telah dicampur dengan air lain. - InfoSerius
Read More..