Rabu, 01 Januari 2014

Browse » home» » » » » » » » Colgate Sumbang 37 000 Pek Penjagaan Mulut

Colgate Sumbang 37 000 Pek Penjagaan Mulut


KUALA LUMPUR – Colgate-Palmolive Marketing Sdn. Bhd. (Colgate) akan menyumbang sebanyak 37,000 pek penjagaan mulut bernilai RM721, 280 kepada jemaah haji Tabung Haji pada tahun ini.

Pengarah Kanan Pemasaran-Ubat Gigi Colgate berkata, Nor Aziah Mohamad Said berkata, sumbangan itu bertujuan memudahkan jemaah haji memelihara kebersihan mulut semasa menunaikan ibadat.

“Pek Penjagaan Mulut ini terdiri daripada dua unit ubat gigi Colgate (Colgate Maximum Cavity Protection 100g dan Colgate Sensitive Pro-Relief 30g), satu unit berus gigi Colgate Extra Clean serta dua botol ubat kumur Colgate Plax Ice 20ml.

“Sumbangan itu akan diberikan melalui program Sahabat Korporat Tabung Haji,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nor Aziah berkata, kelengkapan penting penjagaan mulut yang diisikan dalam pek serbaguna tersebut merupakan cara mudah untuk jemaah haji Malaysia mendapatkan senyuman yang lebih sihat dan berseri.

Beliau dalam pada itu memberitahu tahun ini merupakan tahun keenam penglibatan Colgate dalam program Sahabat Korporat Tabung Haji.

Jelasnya, Ia merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh syarikat itu, selari dengan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan keprihatinan kepada masyarakat.

“Kami menghargai peluang menyumbang kepada jemaah haji Malaysia dan akan berusaha meningkatkan kualiti hidup segenap anggota masyarakat seluruh dunia dan di mana jua kami berada,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar