Selasa, 11 Maret 2014

Browse » home» » » » » Piya tutup ruang ATM

Piya tutup ruang ATM

DUA jaringan lewat perlawanan menerusi Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Radzi atau Piya memastikan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan melangkah ke pentas final selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi agregat 4-3 pada aksi separuh akhir kedua, di Kota Bharu, malam tadi.

Nyata gelanggang keramat The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV mencetuskan masalah besar buat ATM yang terpaksa akur dengan kebangkitan tuan rumah pada lewat perlawanan untuk mengikat kedudukan 2-2. 

ATM tewas 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). 

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan kini menanti pemenang antara Pahang dan Sarawak yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini.

MOHD Badri Radzi (Piya) memberi kasut yang di pakai kepada peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Fathil Asri

Penyerang import pelawat dari Saint Vincent and The Grenadines, Marlon Alex James jelas menjadi kunci utama kebangkitan peringkat awal The Gladiators apabila meledak dua jaringan pada babak pertama walaupun berpeluang melebarkan lagi jaringan dengan beberapa lagi peluang diperolehnya.


Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang namun ATM lebih menyerlah apabila mempamerkan aksi lebih disiplin terutamanya ketika Kelantan menyerang kubu mereka dan Dickson Nwakaeme jelas gagal memainkan peranannya dalam 45 minit pertama kerana dikawal rapi pertahanan lawan yang dikemudi Norfadzly Alias dan Mohd Shukor Adan. 

Situasi sebaliknya dialami James apabila dilihat bebas berkeliaran di kotak penalti tuan rumah terutamanya dengan kerapuhan gandingan Obinna Nwaneri dan Azizi Matt Rose yang gagal mengekang penyerang import itu membuka jaringan pada minit ke-17 dan 35. 

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba mencari gol untuk menyamakan agregat dengan peluang terbaik hadir menerusi tandukan Nwakaeme tinjauan hantaran Piya, namun percubaan itu sekadar menggegar palang pada minit ke-65 sehinggalah perlawanan memasuki 10 minit terakhir dengan pemain gantian, Fakri memulakan kebangkitan Kelantan menerusi rembatan kencang untuk menggegar gawang Mohd Farizal Harun pada minit ke-81. 

Jaringan berkenaan nyata menghidupkan kembali suasana stadium yang dibanjiri kira-kira 20,000 penyokong dan Piya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merembat hantaran pemain pertahanan Zairul Fitrie Ishak untuk memastikan keputusan seri 2-2, di Kota Bharu bagi membolehkan mereka menang dengan agregat 4-3.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar