Sabtu, 01 Februari 2014
Browse »
home»
bangga
»
berdarah
»
bugis
»
cina
»
dan
»
india
»
Bangga Berdarah Cina India dan Bugis
Bangga Berdarah Cina India dan Bugis
KUALA LUMPUR – Pelakon Lisa Surihani mengakui mempunyai darah kacukan Cina, India dan Bugis memberi kelebihan kepadanya dalam mempelajari pelbagai budaya kaum di negara ini.
Lisa, 26, berkata, dia lebih menghargai hubungan persaudaraan antara kaum yang seharusnya menjadi pegangan kepada setiap rakyat Malaysia.
“Kita hidup bersama dalam satu negara tidak perlu timbulkan apa-apa perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum yang mana akhirnya mengundang perkara tidak diingini.
“Saya bersyukur kerana dalam diri saya ada mengalir pelbagai darah daripada kaum Cina, India dan Bugis, ia mungkin kelebihan dapat mendekati dan memahami pelbagai budaya,” katanya ketika ditemui pada majlis kempen Hari Merdeka Astro, di sini, Sabtu.
Tambah Lisa, dewasa ini pelbagai isu tentang perkauman yang menimbulkan perpecahan antara kaum seharusnya tidak ditimbulkan.
“Kita patut buka mata dan menyedari isu ini sangat memberi kesan pada perpaduan kaum.
“Sebagai orang dalam industri seharusnya ada cara atau medium untuk kita kembalikan semula keharmonian negara,” katanya.
Dalam pada itu, sebagai selebriti Lisa berkata dia positif dalam menyokong segala kempen berkaitan perpaduan negara.
“Saya seorang yang sentiasa bersikap positif, apabila ada sahaja aktiviti yang memberi faedah saya akan berada di hadapan untuk menyokong,” katanya.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro melancarkan kempen #gobeyond dan #urmalaysianisshowing dan pelancaran muzik video bertajul Excuse me Sir, your Malaysian is Showing.
Melalui kempen ini, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial. – mStar
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar