Selasa, 18 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » » Penyokong kecewa serang rumah pengurus bola sepak Terengganu

Penyokong kecewa serang rumah pengurus bola sepak Terengganu


AHAD, 22 APRIL 2012




KUALA TERENGGANU – Tidak cukup dengan melaungkan perkataan yang mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan di luar stadium berikutan kekalahan skuad Penyu 1-2 di tangan KL Sime Darby malam kelmarin, lebih 100 penyokong fanatik bertindak ‘menyerang’ kediamannya di Panji Alam.

Penyokong fanatik itu didakwa bertindak liar dengan membaling batu dan merosakkan pintu pagar kediaman Presiden PBNST itu dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.30 malam kelmarin.

Bagaimanapun, insiden itu berjaya dikawal daripada berlarutan apabila polis, penduduk kampung dan jiran tetangga di kawasan itu bertindak mengejar kumpulan terbabit.

Serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dilakukan di luar Stadium Sultan Ismail, di mana lebih 500 peminat fanatik berkumpul dengan kain rentang dan poster yang mendesak peletakan jawatan Che Mat dan jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris.

Dalam pada itu, Che Mat melabelkan mereka yang bertindak di luar kawalan itu sebagai ‘pengkhianat’ dan bukannya penyokong sebenar kepada pasukan Terengganu.

Menurutnya, sekiranya mereka ini benar-benar peminat setia bola sepak Terengganu, insiden tidak bertamadun sebegini tidak akan berlaku, malah menerima kekalahan sebagaimana lumrah dalam satu-satu perlawanan.

“Peminat sebenar tidak akan bertindak tidak seumpama ini dan tidak melakukan bantahan sebegini rupa, apatah lagi menyerang rumah saya.

“Memang saya terkejut dengan tindakan mereka tetapi saya tidak akan berganjak dengan desakan mereka itu dan saya tidak akan meletak jawatan,” katanya ketika ditemui di kediaman di sini, semalam.

Che Mat berkata, tindakan yang dilakukan segelintir peminat ini secara tidak langsung hanya akan meninggalkan kesan negatif ke atas pemain.

“Pemain telah mencuba yang terbaik dan peminat sepatutnya menyokong pasukan walaupun tewas dalam perlawanan malam tadi (kelmarin).

“Meskipun kami tewas kepada Sime Darby tetapi kita masih ada lagi peluang pada pusingan kedua nanti dan jika kita menang, insya-Allah kita akan ke final nanti,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar