Kamis, 06 Februari 2014

Browse » home» » » » » » Budak 13 Tahun Dah Merogol

Budak 13 Tahun Dah Merogol


Baru berusia 13 tahun,tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai disini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu,budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar,disini,memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan,kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis,Superintendan Nashir Ya berkata,"mangsa yang takut selepas kejadian itu,pulang ke rumahnya dengan tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan poils di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar,kelmarin"katanya.

Menurutnya,kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.Kini budak lelaki tersebut telah di tahan untuk siasatan lanjut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar